Tip Mudah Untuk Jaga Kesihatan Anda

Tip Mudah Untuk Jaga Kesihatan Anda ~ Islam amat menekankan tentang kesihatan dan kehidupan yang sihat. Penekanan ini bukan sahaja berkisar tentang kesihatan luaran dan dalaman semata-mata malah merangkumi kesihatan minda, emosi dan rohani. Kesihatan tubuh badan fizikal dan mental ini bermula daripada penjagaan dari apa yang memasuki tubuh badan kita. Contohnya makanan, minuman, udara dan sebagainya. Cara yang KakNur kongsikan kepada anda hari ini amatlah mudah sekali boleh cuba tip mudah ini untuk jaga kesihatan anda dengan sebaiknya.

Cara paling senang nak sihat

Tip Mudah Untuk Jaga Kesihatan Anda – Lihat 5 Cara Ini!

  • Adakah air purifier membantu mengurangkan alahan?

Tidak ada bukti kukuh dari segi saintifik namun sesetengah berpendapat ia membantu menyingkirkan partikel yang berterbangan di udara seperti debunga, bulu haiwan peliharaan dan habuk.

Terdapat pelbagai jenis teknologi, tetapi peralatan penapis adalah yang terbaik dicadangkan untuk menapis partikel sehalus 0.000012 inci (kulapuk dan alergen dari haiwan peliharaan) dan mencuci atau menggantikannya setiap enam bulan.

Namun cara terbaik adalah menggunakan pelapik tilam dan bantal, bersihkan kulapuk yang berwarna hitam dan hijau seperti di dinding bilik air dan mandikan haiwan peliharaan seminggu sekali.

  • Tidur yang buat anda macam ‘menang loteri’

Kajian terbaru penyelidik dari Jabatan Psikologi Universiti Warwick mendedahkan memperolehi tidur yang berkualiti mendorong anda memiliki tahap mental dan fizikal seumpama mereka yang memenangi loteri bernilai RM1.3 juta.

Tidur yang baik berkait dengan sistem fungsi tubuh

Kenyataan berdasarkan kajian ke atas lebih RM30,000 responden selama empat tahun. Tidur berkait dengan kesemua fungsi tubuh daripada fungsi sistem imun, berat badan, suasana hati dan memori. Jadi sangat berbaloi tidur diutamakan.

  • Pernah merokok? Makan ini untuk selamatkan paru-paru

Penyelidik mendapati lelaki yang kurang makan buah-buahan dan sayuran (kurang dua hidangan sehari) berisiko dua kali ganda untuk mengalami Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) berbanding mereka yang mengambil lebih dari lima hidangan buah dan sayur setiap hari.

Makanan untuk si perokok

COPD terutama terjadi akibat rokok. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan COPD akan menjadi penyebab kematian paling umum ketiga di dunia, kajian dilaporkan dalam Jurnal Thorax.

Tujuh Cara Elak Jadi Terlalu Negatif

  1. ubah masa tidur
  2. bersenam
  3. minum banyak air
  4. berhenti melayari media sosial
  5. minum teh herba
  6. meneroka alam semulajadi
  7. menulis jurnal peribadi
  • Senaman menentang penuaan

Penyelidik dari Mayo Clinic Amerika Syarikat mendedahkan selain mengenakan krim pelindung matahari dan mengambil banyak antioksida, mengamalkan senaman high intensity interval training (HIIT) adalah antara cara untuk awet muda.

Kajian dalam bidang metabolismesel mendedahkan, HIIT merangsang keupayaan mitokondria untuk menghasilkan tenaga sehingga 49 peratus, dalam kata lain HIIT membantu menghentikan penuaan pada peringkat sel.

Sihat itu Mahal bukan? Apa kata sama-sama buat sesuatu sebelum penyakit menghimpit kehidupan, memerah keringat dan wang anda.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org