Tingkatkan Tenaga Anda Dengan CoQ10

Tingkatkan tenaga anda dengan CoQ10! Di Shaklee, kami percaya bahawa dengan nutrisi yang betul kita boleh menjadi lebih bertenaga dan cergas untuk hidup yang lebih lama, sihat dan gembira.

Dengan tahap tenaga yang lebih tinggi, kita dapat mengasah ketajaman minda, rasa lebih bertenaga dan boleh melakukan lebih banyak perkara dalam sehari serta meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Tingkatkan Tenaga Anda Dengan CoQ10 | 10 Fakta Mengenai CoQ10

Salah satu nutrien yang penting untuk penghasilan tenaga adalah Coenzyme Q10 (CoQ10). Berikut adalah 10 fakta CoQ10 yang anda perlu ketahui!

1. Palam Pencucuh untuk Tenaga Semulajadi

CoQ10 bertindak sebagai palam pencucuh tenaga semulajadi yang digunakan untuk memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel yang memberi kuasa kepada badan.

Ia berada di dalam mitokondria, juga dikenali sebagai stesen jana-tenaga dalam setiap sel. CoQ10 turut dikenali sebagai pekerja, bertindak sebagai bahan api kepada stesen jana-tenaga ini untuk menghasilkan tenaga. Apabila anda mempunyai lebih banyak CoQ10, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga.

2. Penjana Tenaga Terunggul Anda

CoQ10 bertanggungjawab untuk menjaga 95% daripada tenaga keseluruhan badan manusia.

3. Tahap CoQ10 Berkurangan Seiring Dengan Peningkatan Usia

Tahap penghasilan akan mula menurun pada umur 20 dan merosot dengan mendadak pada 40-an dan ke atas.

Tingkatkan tenaga dengan CoQ10

Menjelang umur 70, badan hanya dapat menghasilkan sebahagian daripada jumlah yang dihasilkan, maka pengambilan suplemen CoQ10 adalah penting sejajar dengan peningkatan usia.

4. Nutrien Baik Untuk Jantung

Kebanyakan CoQ10 boleh didapati dalam organ yang menggunakan tenaga yang banyak, terutamanya jantung kerana ia mengepam darah ke seluruh badan 24/7.

5. Rasa Letih? Anda Mungkin Kekurangan Nutrien CoQ10

Walaupun badan anda menghasilkan CoQ10 secara semulajadi, penghasilannya akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Oleh itu, tingkatkan penghasilan tenaga anda dengan CoQ10 untuk membantu anda berasa lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan!

6. Sumber Antioksida Yang Hebat

CoQ10 membantu menghalang kerosakan akibat daripada radikal bebas yang disebabkan oleh toksin alam sekeliling dan aktiviti fizikal.

Cantik Berseri dengan CoQ10

Disebabkan keberkesanan tingginya, nutrien ini sering digunakan dalam kosmetik, cosmecauticals, produk anti penuaan malah dalam makanan!

7. Sesuai Diambil Bersama Lemak

Disebabkan ciri-ciri CoQ10 yang larut lemak, ianya bagus diambil bersama makanan yang mengandungi lemak untuk penyerapan yang lebih efektif.

8. Ubat Statin Mengurangkan Penghasilan CoQ10

Kajian menunjukkan bahawa Statin, sejenis ubat pengurangan-kolesterol menghalang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%! Maka, ia adalah amat penting bagi menambahkan nutrien tersebut melalui pemakanan atau suplemen.

9. Berapakah Jumlah CoQ10 yang Diperlukan?

Kajian menunjukkan 100mg CoQ10 yang senang diserap memberikan badan anda pelbagai manfaat. Walaubagaimanapun, jumlah yang lebih tinggi diperlukan oleh mereka yang sedang mengambil ubat statin atau mereka yang mempunyai sebarang jenis penyakit jantung.

10. Bagaimana untuk Memperoleh 100mg CoQ10?

Ianya boleh didapati secara semulajadi dalam pelbagai makanan seperti daging, minyak soya, sardin, ikan tenggiri dan kacang tanah, terutamanya organ dalaman seperti jantung, ginjal dan hati.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diperolehi daripada makanan ini tidak mencukupi untuk keperluan harian anda. Untuk mendapatkan 100mg CoQ10, anda perlu mengambil:

Nutrisi CoQ10 dalam makanan harian

Adakah Anda Kekurangan CoQ10?

Jawab kuiz dibawah dan ketahui samada anda memerlukan CoQ10 tambahan untuk merangsang tenaga anda.

Tandakan (/) pada kotak untuk setiap kenyataan yang bersesuaian dengan anda.

Senarai Semak Kesihatan Anda

Jika anda telah tandakan lebih daripada 5 kotak, anda berkemungkinan besar terdedah kepada ancaman mental, fizikal dan sekeliling yang mungkin mengurangkan tahap tenaga anda.

Tingkatkan penghasilan tenaga anda dan kembali cergas dengan CoQ10 sekarang!

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org