Sebenarnya Produk Shaklee Ni Ada Kelulusan KKM atau Tidak

Sebenarnya Produk Shaklee Ni Ada Kelulusan KKM atau Tidak ~ Salah satu perkara wajib yang perlu kita ambil berat sebelum makan atau guna sesuatu produk ialah mesti ambil tahu sama ada produk tu lulus KKM atau tidak. Ramai yang tidak tahu cara untuk semak betul ke produk yang ingin dibeli itu ada kelulusan KKM.

Sebenarnya Produk Shaklee Ni Ada Kelulusan KKM atau Tidak

Seperti yang kita tahu sekarang ni banyak sangat produk dipasaran dan yang menyedihkan ada yang claim produk mereka lulus KKM sedangkan mereka hanya menghantar permohonan kelulusan dan keputusan belum pun dikeluarkan. Tempiasnya terkena juga pada produk Shaklee. Ada yang bertanya sebenarnya produk Shaklee ni ada kelulusan KKM atau tidak?

Kenapa Produk Suplemen Perlu Ada Kelulusan KKM?

Untuk semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan, ia mesti didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), melalui Bahagian Regulation Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Pihak PBKD seterusnya akan membuat penilaian terhadap produk untuk pastikan tahan keselamatannya.

Bukti Produk Shaklee Ni Ada Kelulusan KKM

Setiap produk yang berdaftar dengan PKBD adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan PKBD mempunyai dua ciri utama iaitu:

  • Nombor pendaftaran
  • Pelekat hologram yang tulen

Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan ‘MAL’, diikuti 8 nombor dan diakhiri dengan huruf mengikut kategori pendaftaran produk, antaranya seperti:

A – ubat mengandungi racun terkawal
X – ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC
T – ubat tradisional
N – suplemen kesihatan

Untuk semak senarai produk yang berdaftar dengan PKBD, anda boleh melayari laman web rasmi Bahagian Regulation Farmasi Negara (NPRA) dan masukkan butir-butir produk untuk memulakan carian.

Berita baik! Sebenarnya produk-produk ni Shaklee ada kelulusan KKM ūüėä dan ini adalah hasil carian rangkaian produk Shaklee di laman berkaitan.

Sebenarnya Produk Shaklee Ni Ada Kelulusan KKM atau Tidak

Semua produk Shaklee yang berada dalam kategori suplemen kesihatan ini juga mempunyai kedua-dua nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram pada label pembungkusan masing-masing. Contoh seperti dibawah.

Sebenarnya produk shaklee lulus KKM 2017

Gambar vitamin Alfalfa Complex Shaklee ada pelekat hologram dan nombor pendaftaran KKM

Jika anda perasan ada pelekat hologram pada botol Alfalfa Complex dan botol-botol vitamin shaklee yang lain. Untuk pengetahuan anda, hologram adalah salah satu cara untuk KKM menentukan keaslian produk yang ada di pasaran untuk keselamatan pengguna.

Selalunya hologram bersifat lutsinar bewarna kebiruan. Di hologram ada nombor KKM produk mengikut kategori tersensiri samada makanan, produk kesihatan dan lain-lain.

Apa beza permulaan no siri KKM berpangkal MAL dan NOT?

  • MAL adalah kod pangkal untuk produk ubat-ubatan
  • NOT pula ialah kod pangkal untuk produk kecantikan atau kosmetik

Ada Juga Produk Shaklee Tiada Dalam Senarai Kelulusan KKM?

Untuk pengetahuan semua, ada beberapa jenis produk Shaklee yang ‘tiada kelulusan KKM’. Produk yang terlibat adalah:

  1. Energizing Soy Protein (ESP),
  2. Performance Drink (PD),
  3. Cinch Tea Mix,
  4. Cinch Shake,
  5. Vivix (minuman Botanical),
  6. Collagen Powder (sisik ikan merah laut dalam),
  7. Nutriferon,
  8. Meal Shakes.

Kesemua produk di atas dikategorikan sebagai makanan dan dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Ia tidak perlu berdaftar dengan KKM. Jadi bukan dibawah kawalan BPFK dan tiada nombor pendaftaran KKM mahupun tag hologram ditemui pada botol dan kotak pembungkusan.

Kesemua produk Shaklee (Malaysia) juga HALAL dan disahkan oleh ISA, badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh Jakim. Sijil Halal Shaklee (M) sentiasa diperbaharui setiap tahun. Dibawah ini Sijil Halal untuk tahun 2017.

Status shaklee halal atau tidak 2017

Selain komited dengan status Halal, Shaklee sentiasa menjamin keselamatan dan keberkesanan produk yang dikeluarkan. Malah pihak Shaklee sendiri tidak teragak-agak menaja pihak ketiga menjalankan kajian bagi melihat kesan pengambilan produk Shaklee jangka panjang.

Kajian shaklee produk 2017

Landmark Study Shaklee 

Jadi sebelum anda membeli atau mengambil apa-apa jenis suplemen di luar sana, lebih baik semak dulu baru beli, semak dulu baru jual dan semak dulu baru review ūüėČ

Akhir kata, bukan produk Shaklee sahaja ada kelulusan KKM. Starter kit terbaru Shaklee untuk tahun 2017 juga diluluskan sepenuhnya oleh KKM dan KKLIU.

Lulus KKM dan KKLIU shaklee 2017

Isi dalam lebih padat, mudah di fahami. Product guide ada, marketing guide ada. Yang penting starter kit baru shaklee ini mendapat kelulusan dan diiktiraf oleh MOH (Ministry Of Health) dan Kementerian Kesihatan Lembaga Iklan Ubat (KKLIU).

Bcomplex shaklee tiada gst

Bermula dari bulan Januari 2017, Bcomplex Shaklee dah termasuk dalam National Essential Medical List (NEML). NEML ini adalah badan kerajaan. Bila satu-satu produk termasuk dalam list NEML maksudnya produk itu bagus, produk tu kena ada setiap masa dalam kuantiti yang mencukupi, berkualiti dan harga mampu beli. Dengan pengiktirafan itu B Complex Shaklee tiada GST.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

SMS/WhatsApp : +6017-8437316 / +6017-8437314

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(4)
  1. Oja Samid May 30, 2017
  2. Noriza Abdul Rahman May 30, 2017
    • Nur Razali June 6, 2017
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org