Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa

Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa ~ Pernah tak tiba-tiba anda berasa sakit pada bahagian bawah dada yang kemudiannya terus naik ke leher? Anda juga secara tiba-tiba dapat merasai makanan yang baru saja dimakan seakan-akan naik ke tekak atau ada cecair agak pahit terutama apabila anda membongkokkan badan. Awalnya anda menganggap simptom pedih ulu hati disebabkan berpuasa, tetapi kemungkinan gejala yang dikenali sebagai pedih hulu hati atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).

Sakitnya pedih ulu hati

Pedih Ulu Hati Ketika Berpuasa ~ Apa Itu Pedih Ulu Hati atau Heartburn?

Pedih ulu hati bermaksud seseorang itu merasakan seperti terbakar atau rasa panas dan pedih di bahagian dada ataupun di bahagian tengah perut betul-betul di bawah permukaan dada. Pedih ulu hati selalunya dapat dirasakan naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang.

Apakah Penyebab Masalah Pedih Ulu Hati?

Masalah pedih ulu hati biasanya disebabkan oleh refluks asid daripada perut ke dalam esofagus. Bagi sesiapa yang pertama kali mendengar istilah esofagus ianya adalah satu tiub atau saluran yang menghubungkan mulut dan perut anda. Fungsi esofagus adalah menyalurkan makanan yang anda makan terus ke dalam perut.

Mengapa Pedih Ulu Hati Terjadi Ketika Berpuasa?

Perut kita semulajadinya mempunyai asid. Suasana berasid di dalam perut kita ini bertujuan untuk mencernakan makanan, dan juga untuk memusnahkan bakteria.

Secara umumnya, aktiviti berpuasa mengurangkan kuantiti asid di dalam perut.

Namun, pedih ulu hati masih boleh dirangsang apabila kita tiba-tiba teringat tentang makanan, mahupun terbau aroma makanan, yang seterusnya akan beri signal kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid di dalam perut.

Ditambah lagi sekiranya kita mengambil makanan yang pedas dan berminyak ketika sahur.

Set Ramadan Shaklee

5 Panduan Untuk Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati atau Heartburn

Jika hari biasa pun, kita akan rasa tidak selesa apabila diserang masalah pedih ulu hati. Inikan pula ketika berpuasa. Pasti rasa tidak selesa itu berganda-ganda.

Tip untuk mengawal dan mengurangkan masalah pedih ulu hati:

Nutrisi untuk pedih ulu hati

  • Makan dengan bersederhana. Makan sedikit-sedikit, tetapi kerap di waktu malam.
  • Elakkan makanan berminyak dan pedas, ketika berbuka dan terutama sahur.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Ambil protein berkualiti tinggi, untuk menguatkan otot perut dan otot esofagus.
  • Ambil daun pudina dan halia, untuk melegakan ketidakselesaan sistem pencernaan.

Suplemen Shaklee Untuk Atasi Masalah Pedih Ulu Hati

Di Shaklee, kami mempunyai 2 suplemen yang menyokong nutrisi untuk masalah pedih ulu hati ini.

(1) Shaklee Energizing Soy Protein – Protein berkualiti tinggi dari sumber tumbuhan. Protein soyan non-GMO yang tinggi dengan kalsium, protein, dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. Membekalkan tenaga berterusan.

Halia untuk atasi pedih ulu hati atau heartburn

(2) Peppermint-Ginger Plus – Daun pudina dan halia digunakan secara tradisional sejak berabad lalu untuk beri rasa kelegaan dan menenangkan perut. Pengambilan Peppermint-Ginger bantu mengurangkan ketidakselesaan sistem pencernaan.

Harga set ini RM208.75 sahaja (tak termasuk kos pos). Dapatkan set nutrisi pedih ulu hati secara online di laman eSell (klik sini). Produk akan dihantar selepas pembayaran lengkap diterima.

Atau, boleh sahaja WhatsApp kami di 017-8437316, untuk maklumat lanjut.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan nutrisi sahaja. Sekiranya masalah pedih ulu hati anda menyebabkan kesakitan luar biasa, segeralah berjumpa doktor dahulu, sebelum consider untuk ambil suplemen nutrisi pedih ulu hati yang dicadangkan ini. Takut ada masalah lain pula.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Gelang Patah, Taman Nusantara, Nusa Idaman, Nusa Bayu, Setia Eco Garden dan Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 017-8437316
Follow FB : Nur Razali untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments (1)
  1. atiehilmi dot com June 19, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org