Panduan Nutrisi Bagi Wanita Di Setiap Peringkat Usia

Wanita adalah insan yang hebat. Lumrah wanita sentiasa sibuk menguruskan rumahtangga, suami, anak, ibu bapa dan juga kerjaya mereka. Namun dalam kesibukan seharian, siapa lah yang peduli tentang mereka? Bukankah sepatutnya wanita selayaknya berhak untuk mendapat yang terbaik? Jadi, berilah tumpuan terhadap kesihatan wanita yang anda sayangi ūüėä

Panduan Nutrisi Bagi Wanita Di Peringkat Usia

1. Fasa Dewasa (Remaja)

Apabila seorang anak gadis menginjak ke alam dewasa, keupayaan untuk kekal sihat kian mencabar. Kesan semulajadi perubahan hormon sepanjang bulan dan kehidupan yang sibuk boleh menyebabkan amat sukar untuk mereka mengekalkan berat badan ideal, cergas dan kulit yang gebu dan anjal.

Kurang kelembapan kulit jika cuaca sejuk atau panas

Lebih teruk lagi apabila remaja itu mengalami masalah kulit atau peningkatan berat badan. Semua masalah ini akan jelas kelihatan di wajah malah juga dapat dilihat dengan masalah turun naiknya berat badan atau mungkin berat badan terus bertambah!

Pemakanan yang baik adalah kunci kepada semua permasalahan tadi, kerana apabila seseorang remaja atau anak gadis merasa dirinya pada tahap terbaik dia akan kelihatan menarik dan akan lakukan yang terbaik dalam kehidupan sehariannya.

Jadi apakah pemakanan yang betul bagi seorang remaja yang meningkat dewasa?

Ini adalah cadangan asas untuk remaja dewasa kekal pada tahap terbaik yang diinginkan.

  • Multivitamin menawarkan asas kesihatan
  • Vitamin C menggalakkan kulit yang sihat
  • GLA (Omega-6) mengimbangi hormon (terutamanya ketika datang bulan)
  • Protein membekalkan tenaga yang berterusan

2. Fasa Keibuan (Prakonsepsi & Kehamilan)*

Menjadi lumrah seorang wanita yang mencapai fasa ini sering idamkan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Di samping menjaga diri sendiri, mereka juga telah bersedia untuk menjaga individu lain selain dirinya.

Nutrisi fasa kehamilan

Kesihatan wanita itu penting, namun ia menjadi lebih dan sangat penting apabila ikhtiar atau cuba untuk hamil.

Kesihatan prakonsepsi bukan hanya memberi peluang untuk mereka hamil bahkan merupakan asas untuk kesihatan bayi yang bakal dilahirkan.

Pemakanan yang baik dan sihat semasa tempoh kehamilan boleh mengurangkan risiko kecacatan kelahiran, meningkatkan perkembangan otak janin dan meningkatkan peluang mempunyai bayi dengan berat yang normal.

Jadi sama ada seseorang wanita itu sedang hamil atau sedang mencuba untuk hamil, bakal ibu mestilah mula memberikan tumpuan pada nutrien yang baik untuk kesihata diri juga bayi.

Apakah nutrien yang perlu dipertimbangkan untuk mereka yang sedang hamil atau cuba ikhtiarkan untuk hamil?

Berikut ada beberapa nutrien penting yang perlu diambil oleh bakal ibu:

  • Multivitamin menawarkan asas kesihatan
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun
  • Vitamin B terutamanya folik asid dapat merendahkan risiko kecacatan janin.
  • Protein membekalkan tenaga yang berterusan dan menyokong perkembangan janin
  • Kalsium menyokong pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat untuk bayi
  • Omega-3 menggalakkan perkembangan otak yang sihat dan penglihatan yang baik kepada janin
  • Zat besi menyokong pembinaan sel-sel darah merah

3. Fasa Keibuan (Pospartum & Penyusuan)*

Kini si ibu telah mempunyai cahayamata dan menempuh telah pelbagai perubahan sama ada dari segi fizikal mahupun cabaran yang hadir bersama seorang insan yang baru.

Sebagai ibu muda, mereka kini bertanggungjawab untuk berikan yang terbaik buat si manja. Terimalah kenyataan bahawa kesan daripada kelahiran dan tuntutan daripada perubahan hormon tubuh wanita semasa menjaga bayinya, bermakna keperluan pemakanannya si ibu juga turut berubah.

Sama ada si ibu menyusukan bayi atau tidak dia mestilah kekal bertenaga untuk menjaga bayinya yang baru lahir siang dan malam. Sekiranya si ibu menyusukan bayi, bayi tersebut amat bergantung kepada pemakanan yang diambil si ibu.

Selepas proses kelahiran seseorang wanita itu mesti memberi tumpuan kepada pemulihan selepas bersalin. Untuk kembali ke bentuk asal atau mengekalkan berat badan yang sihat serta memastikan yang dia mempunyai kekuatan tenaga untuk memberikan yang terbaik buat bayinya.

Dengan pelbagai perubahan yang berlaku dalam hidup si ibu perkara terakhir yang perlu difikirkan oleh seorang ibu adalah nutrien yang terbaik untuk diri juga bayi.

Di sini kami senaraikan nutrien yang diperlukan oleh seorang ibu:

  • Multivitamin menawarkan asas kesihatan
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong sistem imun
  • Protein membekalkan tenaga yang berterusan
  • Kalsium mengembalikan kalsium untuk si ibu dan menyokong perkembangan tulang dan gigi yang sihat kepada bayi
  • Omega-3 menggalakkan perkembangan otak yang sihat dan penglihatan yang baik kepada bayi juga si ibu
  • Zat besi menyokong pembentukal sel-sel darah merah
  • Alfalfa sering digunakan sebagai penggalak semulajadi untuk bekalan susu ibu

4. Fasa Usia Emas

Pada fasa usia begini, seseorang wanita telah banyak menjalani kehidupan yang hebat. Mempunyai kerjaya yang cemerlang, melahir dan membesarkan anak-anak yang sihat dan berjaya atau memilih jalan kehidupan yang lain. Tetapi hanya kerana dia sedang melalui pra-menopaus dan mengalami menopaus tidak bermakna semangat mereka untuk meneruskan hidup pudar.

Saat inilah keperluan nutrisi menjadi lebih kritikal. Pra-menopaus dan wanita yang telah putis haid dipengaruhi oleh naiknya hormon. Walaupun setelah berjaya menakluki banyak pencapaian dalam hidup, kini mereka mungkin mengalami hot flashes, berpeluh di waktu malam, kesukaran untuk tidur dan perubahan mood.

Nutrisi fasa emas

Selain daripada itu, tulang dan juga jantung wanita pada usia emas ini juga mungkin terkesan dengan perubahan hormon ini. Jadi mereka mestilah memberi tumpuan kepada pemilihan pemakanan yang betul semasa fasa peralihan ini.

Untuk mendapatkan keperluan tambahan yang diperlukan, ini adalah cadangan nutrisi untuk mereka:

  • Multivitamin menawarkan asas kesihatan
  • GLA (Omega-6) melegakan tanda-tanda biasa menopaus
  • Protein menyediakan tenaga yang berterusan
  • Kalsium menyokong tulang yang lebih kuat kerana ia boleh menjadi lebih rapuh
  • Omega-3 menggalakkan jantung yang sihat
  • Polifenol melawan radikal bebas dan penuaan selular.

Wanita telah banyak berjasa kepada mereka yang penting dalam hidupnya, dan untuk itu mereka perlu menjaga keperluan dirinya juga. Manjakan diri anda atau wanita yang anda sayangi dengan memberikan keperluan nutrisi yang diperlukan.

Apabila mereka rasa selesa dengan diri (sihat rohani dan jasmani) semua orang disekeliling pasti turut merasa kesannya. Nikmati kehidupan yang sihat dan hebat walau apapun impian anda tidak kira di setiap peringkat usia. Dengan fokus kepada pemilihan nutrisi yang betul untuk hidup lebih sihat dan bermakna.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(4)
  1. Noriza Rahman November 14, 2017
    • Nur Razali November 16, 2017
  2. Rahasimah November 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org