Kesan Makan Suplemen Selepas 5 Tahun

Kesan Makan Suplemen Selepas 5 Tahun ~ Assalamualaikum, Salam 13 Ramadhan. Rasa kejap je masa berlalu tinggalkan kita. Agak mencabar bila berpuasa dengan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ni kan. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita rezeki kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya. Sebenarnya hari ni KakNur nak cerita kesan ambil suplemen shaklee selepas 5 tahun kami sekeluarga amalkan dengan penuh istiqamah.

Kesan Makan Suplemen Selepas 5 Tahun ~ Pengalaman Indah Dalam Dewan Bersalin

Kenal produk Shaklee masa tue tengah mencari ikhtiar untuk kurangkan alahan selepas bersalinkan anak pertama. Produk pertama yang KakNur cuba ialah Alfalfa Complex. Kesan makan suplemen shaklee selama 5 tahun semuanya positif belaka Alhamdulillah, yang baik banyak sangat kalau nak cerita.

Sihat bertenaga hamil dengan vitamin shaklee

KakNur nak share kisah yang satu ni. Pengalaman melahirkan anak kedua. Alhamdulillah melahirkan Adra masa menunggu tue tak ambil masa yang lama. Sebelum masuk labour room suami sempat bancuhkan secawan ESP suam. KakNur ambil ostematrix 4 biji untuk kurangkan rasa sakit contraction. Masuk sahaja dalam labour room tak sampai setengah jam KakNur dah bersalin. Baby Adra lahir normal dengan berat 3.8 kg dan paling seronok bila disahkan tiada luka besar dan tak perlu jahitan. Ya Allah perasaan masa tue kan gembira sangat tau. Asbab amalkan vitamin prenatal shaklee secara istiqamah selama 9 bulan 10 hari.

Selain kesan kepada kesihatan yang baik. Kesan lain lebih banyak pada perubahan diri sendiri ke arah yang lebih baik. KaKNur ni sebenarnya seorang yang pemalu dan rasa kurang berkeyakinan bila berjumpa dengan orang lain.

Bila kenal dengan Shaklee dapat tambah pendapatan dari rumah melalui online sahaja. Perasan tue macam tak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Hehe. Selain bernetworking bersilaturahim dengan sahabat-sahabat team besar vEminent (Master Arnie) dan KamiDutaShaklee (Master Yati Napi) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Layout cantik bila post di instagram

Biasanya prospek Direct Message tanyakan produk Shaklee tapi berbeza dengan adik manis ni. Rasa terharu pun ada ehhehe

Dapat belajar ilmu baru berkaitan teknologi dan bisnes online. Antaranya belajar buat blog, buat poster sendiri, pandai uruskan lebih dari 1 akaun instagram. Dari zero tak tau apa-apa pasal bisnes, Alhamdulillah KakNur ada team yang sangat supportive. Siapa sangka kan. Sekarang masih lagi belajar menambah baik ilmu marketing untuk mantapkan lagi bisnes shaklee KakNur. Berkongsi ilmu yang ada ni untuk orang lain sama-sama manfaat kan. Jujurnya KakNur buat semua ni hanya gunakan smartphone 100%.

Orang kata jika tak mulakan langkah pertama bagaimana nak tau potensi diri. Usah terpengaruh dengan bisikan yang mengatakan tak boleh sebelum cuba.

Adakah kita boleh meramal masa depan? Semua orang ingin berjaya namun tidak semua orang mampu mengatur langkah pertama.

Jika ada sebarang soalan atau nak beli vitamin Shaklee sekali dengan daftar jadi ahli, anda boleh terus hubungi KakNur di 017-8437316.

Nur Razali – Pengguna dan Pengedar Shaklee Gelang Patah

Daftar keahlian Shaklee segera (Ekspres Enrollment)  di Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org