Kenapa Protein Penting Untuk Wanita?

Protein merupakan sumber nutrien yang penting untuk golongan wanita terutamanya yang bergelar ibu. Kenapa protein penting untuk wanita? Mari kita lihat.

Kenapa Protein Penting Untuk Wanita? ~ Cabaran Ibu Bekerja atau Suri Rumah

Protein esp shaklee baik untuk wanita bekerjaya juga wanita dirumah

Golongan wanita merupakan golongan multitasking yang membuat pelbagai kerja, dalam satu hari tue bukan sahaja pergi kerja. Kalau tidak keluar bekerja pun di rumah ada golongan ibu yang menjalankan perniagaan kemudian lakukan kerja rumah lagi, jaga anak-anak dan ada juga wanita yang boleh bertukang lagi dekat rumah.

Bila dah terlalu sibuk sangat kadang-kadang sampai tiada masa untuk diri sendiri. Bila takda masa, makan pun ikut mana sempat dan makanlah apa sahaja yang ada.

Sebenarnya ini memberikan sebab utama protein tak cukup dalam badan. Bagi kesan kepada luaran dari segi kulit, rambut dan kuku akan kurang subur. Rambut cepat gugur, kulit nampak kusam dan kuku cepat patah akibat pengambilan protein yang tidak cukup. Ini antara kesan kurang baik terutama pada wanita.

Wanita atau ibu multitasking ada cabaran sendiri.

Bila makan tak menentu akan ada masalah gastrik. Ini kerap berlaku kepada wanita kerana ramai wanita atau ibu yang masak untuk family tapi sendiri tak makan. Lupa nak bagi diri sendiri makan. Ini semua akan bagi kesan gastrik.

Jadi pengambilan protein sangat penting untuk wanita terutama yang bergelar ibu. Jika pilih protein yang berkualiti dan berkhasiat bantu untuk berikan tenaga yang berpanjangan, akan bagi rasa kenyang dengan lebih lama.

Kemudian, untuk wanita yang sibuk lakukan semua kerja dalam masa yang sama hamil pula. Golongan ni lagi lah perlu pastikan pengambilan protein kena cukup. Protein sangat penting untuk wanita yang hamil dan selepas melahirkan nak menyusukan anak lagi. Waktu ni pun sangat penting. Mengambil sumber protein yang berkhasiat untuk ibu juga sumber tersebut dapat disalurkan terus kepada bayi anda.

Khasiat Protein Untuk Wanita

Jom kita tengok khasiat protein untuk wanita pula. Tadi kita dah lihat cabaran kepada ibu, kenapa perlu ambil protein dan bila dah ambil protein apa golongan ini akan dapat.

Khasiat protein esp shaklee untuk wanita

Oleh kerana protein merupakan sumber blok asas untuk penghasilan kulit, penghasilan rambut dan juga kuku. Ia bantu untuk menguatkan dan menggalakkan kulit yang lebih sihat.

Selain daripada tue, protein penting untuk untuk ibu yang hamil. Semasa hamil pengambilan protein yang cukup untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

Memerlukan protein untuk tumbesaran, menyokong pembesaran bayi pada embrio, fetus dan membesar sampailah ke proses kelahiran. Protein penting untuk membina sel-sel pada bayi tersebut.

Selepas melahirkan anak, untuk penghasilan susu ibu memerlukan sumber protein yang sihat diberikan ibu kepada bayi membantu untuk pembesaran bayi.

5 Tip Penting Untuk Pilih Sumber Protein Yang Betul Dan Berkualiti Tinggi

Untuk wanita juga ibu yang sangat sibuk jaga anak, masa yang sama hamil, lakukan kerja-kerja rumah. Golongan ini kadang tak cukup makan, makan tak menentu. Sumber protein sangat bagus untuk mengelakkan daripada masalah gastrik. Kalau ditambah dengan kalsium lagi bagus.

Berita baiknya. Dalam protein esp shaklee ada mengandungi protein dan juga sumber kalsium diperlukan si ibu tadi.

Memberikan Tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Yang Berkualiti Tinggi

Berikan tenaga berpanjangan berasaskan protein tumbuhan berkualiti tinggi - ESP Shaklee

Anda ingin berikan orang yang anda sayangi protein soya terbaik, untuk khasiat terbaik yang diperlukan oleh badan mereka? Hubungi kami sekarang tau ūüėĄ

Anda boleh terus mendapatkan Protein Tumbuhan Berkualiti Tinggi ESP Shaklee di butang eSell di bawah (klik). Pastikan produk yang betul sebelum membuat pembayaran, dan anda boleh uncheck mana yang tidak berkenaan. Kemudian sila hubungi kami untuk mendapatkan cara pemakanan eksklusif setelah pembelian dibuat.

ESP shaklee

Kami sediakan 7 Langkah Mudah dan Cepat Beli Vitamin Shaklee Secara Online dengan Esell.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(6)
  1. Noriza Rahman October 12, 2017
    • Nur Razali October 16, 2017
  2. Yana October 13, 2017
    • Nur Razali October 16, 2017
  3. Nor Hazmira Mihamzah October 18, 2017
    • Nur Razali October 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org