Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku | Ibu Ibu engkaulah ratu hatiku bila ku berduka engkau hiburkan selalu. Ibu ibu engkaulah ratu hatiku 😉

Allah S.W.T berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku | Doa terbaik buat ibu dan ayah

Sebagai seorang anak hendaklah sentiasa mendoakan kedua orang tuanya samada masih hidup ataupun telah tiada. Seorang anak hendaklah mendoakan segala kebaikan bagi kedua orang tuanya terutama kebaikan bagi kedua orang tua kita diakhirat berupa hidayah agar sentiasa Istiqamah di jalan Islam dan Sunnah. Berikut Doa yang dapat kita panjatkan untuk kedua orang tua kita berdasarkan Al Quran:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Ertinya :
Tuhanku! ampunilah Aku, ibu bapakku.(QS. Nuh : 28)
وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (QS. Al Isra : 24)

Doa yang biasa diamalkan oleh kita;

اَللّهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan Ibu Bapaku, sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil”.

Jika kita ingin berdoa dengan bahasa yang kita fahami pun, sama sekali tiada masalah kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui semua bahasa.

Selamat Hari Ibu Engkaulah Ratu Hatiku buat Ummi tersayang Puan Faridah Kiran & mak mertua Nur Puan Fatimah Ali. Juga ucapan selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu cukup besar, dan tidak ternilai harganya.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org