Gula Memang Manis Tapi Jika Berlebihan Mengundang Bahaya

Gula Memang Manis Tapi Jika Berlebihan Mengundang Bahaya ~ Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya!

“Gula memudaratkan kesihatan”. “Gula itu racun”. “Gula penyebab pelbagai penyakit kronik.”

Gula putih terdiri dari sukrosa iaitu gabungan glukosa dan fruktosa. Fruktosa adalah menjadi penyebab utama masalah ini kerana didapati menyebabkan toksisiti yang meningkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan glukosa.

Jadi, walaupun dengan sejumlah kecil kalori, kesan negatif lebih kelihatan. Selain daripada penghasilan lemak yang tinggi, ia juga menyebabkan penurunan enzim badan iaitu nitrik oksida.

Enzim nitrik oksida diperlukan oleh badan dalam mengekalkan tekanan darah pada tahap normal. Ia juga diperlukan dalam proses pemulihan tisu-tisu dalaman. Jika ianya berkurang akibat fruktosa yang tinggi dalam badan, maka tekanan darah boleh meningkat serta boleh menyebabkan serangan angin ahmar (strok).

Bahan yang biasa kita ambil tetapi memudaratkan hati kita. GULA pasir!

Kandungan fruktosa di dalam gula akan membebankan organ hati dan menukarnya menjadi lemak. Pengambilan GULA dan HFCS berlebihan akan menyebabkan masalah hati berlemak (NAFLD)

Kajian menunjukkan GULA boleh merosakkan organ hati kita sama seperti alkohol walaupun seseorang tidak gemuk.

Fruktosa berlebihan menjadi punca penyakit ‘fatty-liver’ Apabila fruktosa dapat berubah menjadi lemak di dalam hati, ia dihantar keluar sebagai zarah kolesterol VLDL. Walau bagaimanapun, tidak semua lemak mendapat keluar, ada yang disimpan di dalam hati. Ini membawa kepada Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD), masalah yang semakin meningkat yang berkait rapat dengan penyakit metabolik.

Oleh kerana itu kita sangat perlu mengawal pengambilan GULA dalam pemakanan dan minuman harian kita.

Jangan ambil mudah dan tidak endah tentang bahaya GULA kepada kesihatan!

Gula diklasifikasikan sebagai ‘racun’ kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah dan apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen. Tetapi gula akan ‘melahap’ vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia antaranya untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetul. Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak. Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu.

Kebanyakan orang tahu bahawa gula tidak baik untuk mereka, tetapi atas sebab tertentu, mereka berfikir risiko pengambilan gula berlebihan adalah kurang daripada yang mempunyai terlalu banyak lemak tepu dan terlebih kalori.

Jika anda benar-benar tahu bahaya gula putih ini, pastinya anda meletakkan ia di bahagian atas senarai “makanan untuk dielakkan”.

Jadi sekarang anda dah tahu BAHAYA GULA, maka tindakan drastik perlu diambil. Kurangkan pengambilan gula secara keseluruhan tanpa rasa ragu!

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama di usia senja kita nanti?

Jika ada sebarang soalan atau nak beli vitamin Shaklee sekali dengan daftar jadi ahli, anda boleh terus hubungi KakNur di 017-8437316.

Nur Razali – Pengguna dan Pengedar Shaklee Gelang Patah

Daftar keahlian Shaklee segera (Ekspres Enrollment)  di Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(2)
  1. arnie July 5, 2017
    • Nur Razali July 10, 2017
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org