Cara Semulajadi Untuk Atasi Masalah Kulit Kering

Cara Semulajadi Untuk Atasi Masalah Kulit Kering ~ Terdapat juga cara mengatasi masalah kulit kering secara semulajadi dan mudah, lebih-lebih pada bahagian wajah yang amat penting bagi seseorang. Memiliki kulit wajah yang kering boleh menimbulkan kulit wajah yang kusam atau tidak cerah.

Masalah Utama Kulit Kering

Pada umumnya wajah memiliki tiga sifat, iaitu kulit berminyak, wajah kering, wajah normal yang tidak mempunyai masalah. Memiliki wajah yang bersinar dan berona merupakan dambaan semua orang.

Rawat kulit kering tanpa keluarkan kos yang mahal

Jika anda memiliki wajah yang berminyak pasti wajah anda akan mudah mengalami masalah wajah yang berjerawat dan jika wajah yang kering akan mudah mengalami masalah kerutan.

Cara Semulajadi Untuk Atasi Masalah Kulit Kering – 4 Cara Mudah, Jimat dan Berkesan

Antara cara semulajadi untuk mengatasi masalah kulit wajah yang kering adalah :

1 Buah buahan (kiwi / ceri / strawberi / pisang)

cara semulajadi atasi kulit kering

Penggunaan buah-buahan seperti di atas adalah dengan menjadikan krim pelembap wajah tanpa menambah bahan-bahan lain. Sapu pda bahagian wajah secara merata sambil memicit lembut pada bahagian wajah. Penggunaan buah-buahan ini sangat mudah dan tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

2 Tomato / lemon

Penggunaan buah tomato atau lemon dalam mengatasi masalah kulit kering juga sangat membantu. Ini kerana tomato juga membantu menghilangkan jerawat dan bintik-bintik hitam, manakala buah lemon yang mengandungi vitamin C yang membantu meningkatkan vitamin yang diperlukan oleh badan supaya tubuh badan tidak mudah mengalami masalah kulit kering.

3 Minyak Zaitun

Minyak zaitun jiga mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan kita, antaranya ialah dapat mengekalkan kelembapan kulit. Minyak zaitun ini juga telah menjadi salah satu minyak yang sihat kerana kandungan lemak tidak tepu yang tinggi. Manfaat sekiranya menggunakan minyak zaitun telah diketahui dari dahulu kala dan telah dipakai dalam pengubatan di zaman mesir kuno. Minyak zaitun ini juga mempunyai manfaat lain sebagai bahan kecantikan yang selamat dan tiada kesan sampingan.

Minyak sihat kandungan lemak tidak tepu yang tinggi

4 Madu dan kuning telur

Cara mengatasi dan merawat kulit kering dengan menggunakan masker boleh dilakukan dengan campuran madu dan kuning telur. Selain pada wajah, masker campuran madu dan kuning telur boleh juga disapu pada leher, lengan dan yang paling penting pada bahagian kulit yang kering dan bersisik. Anda juga boleh memakai masker campuran madu dan kuning telur untuk sentiasa mendapat kulit yang sentiasa segar dan lembap.

Masker Madu dan Garam Buat Kulit Anda Cantik Berseri

Nur Razali
Pengedar Shaklee aktif sejak tahun 2013 (ID: 916214).
WhatsApp Order atau Daftar Ahli Shaklee ke 017-8437316.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments (0)
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org