Berikan Rasa Pentingkan Orang Lain

Berikan Rasa Pentingkan Orang Lain ~ Sekiranya kita mahu memenangi hati orang lain, soalan utaman yang perlu kita tanya diri kita sendiri adalah:

Adakah kita bersedia supaya fokus dan memberi perhatian kepada orang lain?

Prinsip dan asas yang menjadi jawapan kepada soalan di atas adalah:

Seluruh umat manusia di dunia saling memerlukan.

Sekiranya kita tidak pernah memikirkan perkara di atas, sudah tiba masanya bagi membuat perubahan.

Setakat usia muda saya, belum pernah saya bertemu dengan sesiapa yang hanya mementingkan diri, tetapi berjaya mempengaruhi dan memberi khidmat kepada orang lain dengan penuh penghormatan. Mustahil kita dapat mempengaruhi orang lain sekiranya kita hanya ‘memandang cermin’.

Memandang cermin ini bermaksud kita hanya melihat diri kita sendiri dan hanya mementingkan diri sendiri.

Kebanyakan orang bersedia mengakui yang sifat tidak sombong adalah kualiti positif. Dengan itu, kita mampu mempengaruhi orang tanpa rasa ragu dan goyah kerana kita tidak asyik memandang cermin.

berikan rasa pentingkan orang lain

Berikut adalah beberapa idea bagi membantu kita supaya berhenti daripada asyik memandang cermin.

  • Fokus kepada orang lain, mendorong pada matlamat

Kita diciptakan di dunia dengan sebab. Ini adalah kepercayaan universal. Sebabnya, ia mungkin berbeza mengikut kepercayaan agama. Yang pasti, tiada siapa dilahirkan di dunia tanpa sebab. Tetapi ramai dalam kalangan kita tidak bertemu sebabnya.

Kejayaan hakiki tiada kaitan dengan apa yang kita capai untuk kita di dunia, tetapi apa yang kita lakukan untuk orang lain.

Dengan fokus pada orang lain, kita mempunyai matlamat. Matlamat bagi membantu orang dalam kesusahan, matlamat bagi mengajak orang ke jalan kebaikan, matlamat bagi mengajak orang memilih jalan ke syurga.

  • Fokus kepada orang lain memberikan tenaga kepada kita

Dengan hanya memfokus kepada diri sendiri, kita sebenarnya menghanyutkan diri dan mengeringkan tenaga kita. Sedarkah kita? mengapa seorang ibu sanggup bangun pada tengah malam menyiapkan susu untuk anaknya, menjual kuih di tengah panas demi menyara anaknya belajar dan sanggup terjun ke dalam sungai apabila melihat anaknha lemas walaupun dia sedar dia tidak mahir berenang. Itu adalah tenaga yang terhasil daripada fokus kita kepada orang lain.

  • Fokus kepada orang lain memberikan kepuasan

Secara psikologi manusia jadi semakin baik dan berasa puas apabila dapat membantu orang lain. Berkhidmat untuk orang sebenarnya menyuburkan jiwa yang sihat dan memberikan kebahagiaan.

Mari perhatikan pepatah cina berikut:

Sekiranya kita mahu kebahagiaan untuk sejam…pergilah tidur,

Sekiranya kita mahu kebahagiaan untuk sehari…pergilah memancing,

Sekiranya kita mahu kebahagiaan untuk sebukan…pergilah berkahwin,

Sekiranya kita mahu kebahagiaan untuk setahun…wariskanlah harta,

Sekiranya kita mahu kebahagiaan untuk seumur hidup…bantulah orang lain.

Apabila kita membantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri sendiri.

Petikan dari Magnet Kebahagiaan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org