Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee Lebih Berilmu

Bengkel Nutrisi Untuk Pengedar Shaklee Lebih Berilmu ~ Jujurnya selepas setahun mengambil makanan tambahan ada terlintas juga dalam hati. Produk ni berkesan dengan KakNur, macamana nak berkongsi dengan kawan-kawan. Kalau diri sendiri belum cukup ilmu nutrisi di dada. Chewah 😁

Selepas setahun menjadi pengguna, Allah bukakan hati untuk mendaftar keahlian Shaklee pada bulan Julai 2013. Kelas pertama yang Shaklee anjurkan untuk pengedar baru adalah bengkel nutrisi. KakNur tak lepaskan peluang untuk hadirkan diri selepas 2 bulan bergelar shaklee independent distributor.

Dah namanya pengedar, mestilah nak berkongsi ilmu yang diperoleh dari pakar nutrisi kan. Kalau tidak macamana gayanya nak mempromosi sesuatu produk. Ilmu penting tau.

Ramai orang ingat semua bisnes suplemen sama sahaja. Upline yang ajar downline tentang produk. Kadang tak fokus sangat pasal produk pun lebih pada marketing kan. Produk tue buat ada-ada sahaja.

Tak semua bisnes sama tau nak kejar sales semata-mata. Ada orang yang bersungguh-sungguh jujur beri konsultasi produk, tunjukkan cara makan yang betul. Bila masanya yang sesuai nak ambil vitamin tue. Follow up lagi dengan customer bertanyakan sama ada berkesan atau ada apa-apa masalah yang dihadapi. Semua ni untuk pastikan customer dapat yang terbaik, setimpal dengan harga yang di bayar.

KakNur suka nak ingatkan, paling utama, suplemen bukan ubat. Suplemen tak boleh rawat penyakit.

Bengkel Nutrisi Dari Nutritionist Terlatih

Untuk bisnes Shaklee, syarikat ada sediakan Bengkel Nutrisi untuk semua pengedar Shaklee yang aktif. Bengkel ini dikendalikan oleh pakar nutrisi terlatih. Ya, Shaklee ada team nutritionist sendiri.

Mereka ini memang belajar ilmu nutrisi di universiti. Bukan bidan terjun tau. Jadi, mereka jugalah yang menyiapkan silibus ilmu nutrisi yang bersesuaian untuk dipelajari oleh para pengedar. Bengkel Nutrisi ini berlangsung selama sehari sahaja.

Sijil Halal Shaklee diiktiraf oleh JAKIM

Suplemen Bukan Ubat Ajaib

Masalah utama pada masa kini ialah, ramai beranggapan bahawa suplemen itu ubat. Ini serius.

KakNur sendiri selalu sahaja terima mesej dari customer, “nak ubat sembelit, nak ubat gout, nak ubat kayap” dan macam-macam ubat lagilah. Sebagai pengedar yang beretika, kami akan terangkan bahawa ini suplemen, bukan ubat.

Kenapa kita perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan?

Kami juga tak pernah sesekali minta customer berhenti makan ubat doktor, bila amalkan suplemen.

Satu lagi, biasanya customer nak satu sahaja produk. Nak satu yang paling penting, katanya. Tak mahu kombinasi yang dicadangkan. Walhal, suplemen ini bertujuan untuk menyokong keperluan nutrisi badan. Bukan 1 suplemen boleh cover semua keperluan.

Bersyukur sangat dapat belajar banyak tentang nutrisi. Berniaga dengan shaklee tak semudah menjual barang di online tapi sangat berbaloi dan dapat tambah pendapatan sampingan sambil membantu orang lain untuk sihat.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjadi customer kami. Harapan kami, hanyalah ingin customer mendapat taraf kesihatan yang lebih baik melalui pengambilan suplemen. Tak pernah terlintas pun nak jadikan suplemen sebagai pengganti ubat, terutama bagi masalah penyakit kronik.

Nur Razali,
Pengedar Shaklee Aktif sejak Julai 2013.

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Gelang Patah, Taman Nusantara, Nusa Idaman, Nusa Bayu, Setia Eco Garden dan Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

WhatsApp: 017-8437316
Follow FB : Nur Razali untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now” sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(2)
  1. atiehilmi dot com June 7, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org