Baca 4 Tip Ini Untuk Legakan Rasa Marah

Baca 4 Tip Ini Untuk Legakan Rasa Marah ~ Kata orang dulu-dulu, kalau kita cepat marah nanti cepat jadi tua. Tapi, melihatkan kepada kehidupan moden hari ini, kata-kata tidak lagi dipandang walau sebelah mata oleh masyarakat. Cuba kita lihat dimana-mana sahaja dan dalam situasi bermacam-macam, senang untuk kita nampak ada individu yang sedang marah.

Tip legakan rasa marah

Tengok muka baby nih nak marah pun tak jadi 🙊

Beratur panjang, menunggu giliran di klinik kesihatan atau di hospital, ditambah lagi ada yang memotong barisan sedangkan kita sudah berjam-jam menunggu. Pastinya mengundangkan kemaarahan kepada sesiapa sahaja kan. Dengan tak semena-mena kata-kata kesat boleh diucapkan. Tidak kurang ada juga yang ringan tangsn untuk menumbuk sesiapa sahaja yang melanggar peraturan tadi. Persoalannya, mengapakah masyarakat moden kini mudah betul untuk naik darah? Pantang ada silap sedikit, marahnya seperti seseorang itu melakukan kesalahan yang amat besar.

Kehidupan Moden Rangsang Rasa Marah

Perasaan marah merupakan sifat semula jadi manusia. Namun, pada masa yang sama kita tidak pula dilahirkan dengan kemahiran untuk mengedalikan rasa marah tersebut. Antara punca masyarakat kini mudah marah adalah kerana peredaran masa yang terlalu cepat. Segala-galanya harus berlaku dengan segera ada KPI dan timeline. Pada masa yang sama, kebergantungan kepada urusan secara maya itu sendiri turut menyebabkan kurangnya ‘sentuhan manusia’ sehingga masyarakat sudah kurang pandai berinteraksi dan berkomunikasi secara berdepan.

4 Panduan Legakan Rasa Marah

#1 Tarik nafas dalam-dalam
Setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.

Panduan legakan rasa marah

#2 Mengingatkan diri anda sendiri
Seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Steven Stosny yang merupakan pemegang PhD dalam bidang psikologi manusia. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif.

#3 Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira.
Sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenaunya. Cuba fikirkan sesuatu yang mungkin memberikan ketenangan atau kegembiraan pada diri anda.

#4 Keluar daripada situasi kemarahan
Pemikiran seseorang yang sedang berada di dalam keadaan marah akan menjadi kabur. Jangan meletakkan diri anda terus di dalam situasi tersebut kerana sudah pasti anda akan membuat keputusan yang akan membebankan anda kelak. Cuba mencari jalan untuk keluar daripada situasi tersebut dengan cara yang anda berasa selesa terhadapnya seperti mendiamkan diri, keluar bersama rakan atau sebagainya.

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud)”

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(4)
  1. ira August 10, 2017
  2. Noriza Abdul Rahman August 11, 2017
    • Nur Razali September 7, 2017
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org