Asid Lemak Omega-3 Lemak Sihat Untuk Anda

Asid lemak Omega-3 merupakan lemak sihat atau “baik” yang kita perlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.

Minyak Omega-3 telah dikaji secara menyeluruh atas khasiat kebaikannya kepada tubuh.

Asid Lemak Omega-3 Lemak Sihat Untuk Anda ~ 4 Kebaikan Kepada Tubuh

  1. Kesihatan Jantung
  2. Fungsi Otak
  3. Kesihatan Sendi
  4. Kehamilan

1. Kesihatan Jantung

Omega-3 terkenal dalam mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan pembuluh darah dan boleh mengakibatkan penyakit jantung.

Jantung sihat minyak ikan omega 3

Berasaskan kajian, EPA & DHA memberikan kebaikan berikut – kesemuanya berupaya mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • menyeimbangkan triglyceride (kolesterol) dan paras tekanan darah*
  • memperbaiki kitaran darah*
  • mengekalkan denyut jantung sihat*

2. Fungsi Otak

Otak kita terdiri daripada 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks Sereblum (berfungsi untuk ingatan dan tumpuan) dianggarkan mengandungi sekitar 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji atas:

  • penglibatannya dalam penghantaran maklumat antara saraf*
  • kesan mood positif, kognitif, memori, pembelajaran dan pemerhatian*
  • kesan penuaan sihat yang memperlahankan permulaan gangguan otak seperti Alzheimer dan Demensia*

3. Kesihatan Sendi

EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mencegah pembentukan enzim yang menghakis tulang rawan menyebabkan sakit sendi*

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:

  • Memelihara ketumpatan tulang.
  • Meningkatkan pergerakan sendi, kelenturan, mengurangkan kekakuan, pembengkakan dan kesakitan.
  • Menurunkan keradangan – mencegah keradangan sendi dan kemusnahan biasa dalam arthritis.
  • Bertindak sebagai pelincir yang membolehkan sendi-sendi yang berkeriut dan sakit bergerak dengan bebas.

4. Kehamilan

Asid lemak Omega-3 penting di sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan.

Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:

  • Perkembangan otak dan fungsi imun*
  • Kesihatan emosi dan kesejahteraan ibu semasa berpantang*
  • Perkembangan otak janin, mata dan sistem saraf*
  • DHA merupakan komponen penting retina – amat penting untuk perkembangan penglihatan yang baik untuk bayi*
  • DHA penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa zaman kanak-kanak*
  • Dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi*
  • Menyokong tempoh kehamilan lengkap dan berat lahir sihat*

Omega-3 juga didapati dapat menyokong kesihatan kulit, membantu dalam penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal pengeluaran dan fungsi hormon.

4 Tip Penting Pilih Suplemen Minyak Ikan

Maka pengambilan Omega-3 melalui pemakanan adalah penting. Seseorang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Sumber Minyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, ia merupakan nutrien yang tak boleh dihasilkan oleh badan. Suka atau tidak, kita perlu dapatkan sumber Omega-3 dari makanan.

Jika sukar nak dapatkan jumlah asid lemak omega-3 yang mencukupi daripada makanan harian, maka pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 adalah pilihan terbaik.

Minyak ikan Shaklee berkualiti tinggi

Anda boleh sahaja mencuba suplemen minyak ikan OmegaGuard. Sebotol OmegaGuard RM136 sahaja, tidak termasuk kos penghantaran.

Untuk pengetahuan anda, OmegaGuard Shaklee tidak ada dijual di farmasi tau. Anda perlu beli dan dapatkan dari pengedar Shaklee yang sah seperti kami sahaja untuk memastikan ketulenan produk Shaklee dan konsultasi cara pemakanan yang berkesan. In Shaa Allah 😊

(1) Boleh dapatkan secara online di sini (klik). Ikut sahaja arahan di page tersebut. 100% secured.

(2) Atau, WhatsApp sahaja “Nak beli OmegaGuard” ke 017-8437316. Fast reply. 😀

**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Gelang Patah, Taman Nusantara, Nusa Indah, Nusa Bayu, Nusa Sentral, Nusa Idaman, Setia Eco Gardens dan Iskandar Puteri . Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Nur Razali
Pengedar Shaklee aktif sejak 2013.
WhatsApp order ke 017-8437316.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(4)
  1. nikkhazami October 12, 2017
    • Nur Razali October 16, 2017
  2. Nor Hazmira Mihamzah October 18, 2017
    • Nur Razali October 18, 2017
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org