Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Tulang Rapuh dan Mereput Di Usia Muda

Tulang kita terdiri daripada saluran darah dan sel yang mana amat penting kepada kesihatan keseluruhan tubuh kita.

Ia sentiasa membina semula diri mereka dan berkembang kukuh atau lebih lemah bergantung aktifnya dan betapa baiknya kita membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tulang.

Fakta Tulang Manusia

Kita akan mula mengalami kekurangan ketumpatan tulang pada usia 30 tahun. Jika kita leka biarkan je, ia boleh bawa kepada osteoporosis, satu penyakit senyap di mana tulang akan mula kehilangan mineral seperti kalsium sehingga ia menjadi rapuh dan mereput dengan mudah.

Baca sini Osteoponia Tanda Awal Masalah Tulang Rapuh

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Elak Tulang Rapuh dan Mereput Di Usia Muda

Mengamalkan langkah-langkah kecil dalam menjaga tulang anda hari ini boleh berikan banyak faedah dalam kehidupan di kemudian hari. Ini ada 3 perkara yang anda boleh lakukan :

1) Bersedia awal – Pengurangan ketumpatan tulang bermula pada sekitar 30 tahun, jadi adalah lebih baik untuk buat persediaan ketika anda masih muda.

2) Lakukan senaman menahan berat bukan menahan rindu tau (gurau aje ūüėā) – Senaman yang menahan berat meningkatkan ketumpatan tulang-tulang anda kerana tulang akan menjadi lebih kuat apabila diberikan tekanan. Pertimbangkan angkat berat, berjalan kaki, berlari, mengembara berjalan kaki, menari dan bermain tenis.

3) Buat pilihan yang sihat – Jangan merokok, kekalkan berat badan yang sihat dan hadkan pengambilan alkohol.

Risiko Kerapuhan Tulang Di Usia Muda

Sekarang anda dah tau apa yang boleh dilakukan untuk jaga kesihatan tulang dengan sebaiknya.

Jom kami kongsikan kepada anda apa nutrien penting yang dapat menyokong kesihatan tulang yang baik.

5 Nutrien Penting Untuk Tulang Yang Kuat

#Kalsium

Kalsium adalah mineral yang paling banyak terdapat di dalam tulang kita. Tambah makanan berkalsium tinggi di dalam menu anda seperti susu, makanan berdaun hijau, dan kacang soya.

Ambil 1000mg kalsium sehari melalui makanan atau suplemen untuk membantu mengekalkan tulang bagi kebanyakan orang dewasa; jumlah itu bertambah untuk wanita yang telah menopaus dan lelaki berusia lebih daripada 70 tahun.

#Vitamin D

Kekurangan vitamin D menyebabkan kekurangan kepadatan tulang dan kualitinya, serta meningkatkan penuaan tulang.

Lakukan pemeriksaan berkala dan ambil suplemen untuk mencapai tahap paras optimum anda.

Kebanyakan pengamal kesihatan mencadangkan sekitar 1000-2000IU sehari sebagai satu permulaan yang baik.

#Magnesium

Ia merupakan satu mineral yang amat banyak terdapat dalam tulang dan pengambilan sekitar 400mg sehari merupakan satu keperluan untuk pembinaan tulang yang baik.

Hari Osteoporosis Sedunia Pada 20 Oktober

#Mangan, tembaga dan zink

Mineral-mineral ini membantu dalam mengekalkan kepadatan tulang. Zink merupakan satu komponen daripada 200 enzim termasuk satu daripada yang terlibat di dalam proses mineral tulang.

Mangan pula bertindak sebagai faktor penguat bagi enzim dan zink yang diperlukan dalam proses ikatan silang kolagen tulang.

Kekurangan salah satu daripada tiga serangkai ini telah dibuktikan boleh mengganggu perkembangan tulang dan meningkatkan risiko menghidap osteoporosis pada lewat usia.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri. Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia. Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org