Apa Itu Kolesterol?

Adakah Anda Salah Seorang dari 6 Juta Warga Malaysia yang Menghadapi Masalah Tinggi Kolesterol?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Cabaran era ini adalah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Antara yang lebih membimbangkan kita sekarang dimana ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

sumber : National and Morbidity Survey,2011

Apa itu Kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama Kolesterol

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

phytocol-st kolesterol

Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah anda:

LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)

HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol “jahat” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan ‘membersihkan’ saluran darah.

phytocol-st kolesterol

Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serts kalori, adalah serta kalori, adalah diantara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.

Sumber : American Heart Association https://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/Cholesterol/PreventionTreatmentofHighCholesterol/Know-Your-Fats_UCM_305628_Article.jsp

Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini:

phytocol-st

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!

sumber : http://nutrition.com.sg/do/hrice.asp
*DISCLAIMER:
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Nusa Indah, Nusa Bayu dan Nusa Idaman. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di vitaminrichshoppe[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-8437316 (Nur).

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(2)
  1. nurul fazreen othman June 27, 2014
    • Admin June 27, 2014
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org