5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Makan Kolagen Hari Ini Juga

5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Makan Kolagen Hari Ini Juga ~ Bila sebut tentang kolagen, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita mesti nak kulit cantik, kan?

Hakikatnya, kolagen bukan sekadar untuk kulit cantik je tau. Ada banyak lagi manfaat kolagen yang bila dah tahu khasiatnya, jadi hari ini kami kongsikan kepada anda 5 sebab kenapa perlu makan kolagen bila dah berusia 20 Tahun ke atas dan membuatkan anda akan rasa tak sabar nak makan kolagen hari ini juga.

5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Makan Kolagen Hari Ini Juga

(1) Kolagen Merupakan Kunci Utama Untuk Kulit Anjal

30% daripada protein di dalam badan kita ialah kolagen. Ia memegang sel-sel kulit, bagaikan gam yang melekatkan antara satu sel ke sel kulit lain.

Kolagen juga mengekalkan keanjalan kulit, dan memastikan ikatan di antara bahagian dalam dan luaran kulit sentiasa kuat.

Terdedah kepada pelbagai faktor termasuklah proses penuaan akan menyebabkan kulit semakin kehilangan keanjalan dan ketegangannya.

Jadi, suplemen kolagen sangat membantu kita untuk memperlahankan dan mengelakkan kulit dari jadi melayut dan berkedut.(*1)

5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Makan Kolagen Hari Ini Juga

(2) Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

Disebabkan kolagen membentuk blok binaan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kesihatan sendi – bantu menguatkan fleksibiliti dan mobiliti sendi.(*2)

Kolagen kaya dengan asid amino untuk beri sokongan dan elastik kepada tisu penghubung seperti cartilage, tulang, tendon dan ligamen demi gaya hidup aktif.

(3) Rambut dan Kuku Lebih Sihat

Rambut dan kuku perlukan kolagen untuk dapatkan kekuatan dan elastik. Kandungan antioksidan bantu untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan rambut makin menipis dan bertukar menjadi putih, serta penyebab kerosakkan kuku.

Dengan simpanan kolagen yang cukup, nutrien akan diagihkan secukupnya di kulit kepala, dan asas pembinaan kuku yang kuat. Jadi, rambut dan kuku akan tumbuh dengan lebih sihat dan kuat.

(4) Penghasilan Kolagen Makin Merosot Setiap Tahun

Pedih nak terima, tapi hakikatnya, penghasilan kolagen dalam badan kita berkurangan setiap tahun.

Menurut Assistant Professor Dermatologi di University of Pittsburgh dan pengarah Cosmetic Surgery and Skin Health Center, selepas umur 20 tahun, badan kita akan hasilkan kolagen dengan pengurangan 1% berbanding tahun sebelumnya.(*3,*4)

Rujukan Jurnal Nutrisi Berkaitan Kolagen

Penurunan ini menyebabkan garisan halus, kedutan, kulit kusam dan kering. Namun, simptom ini tidak akan halang anda untuk rasa lebih muda, jika anda ambil kolagen hari ini.

(5) Kolagen Kita Rosak Setiap Hari

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia dari produk penjagaan kulit serta sinaran UV menghasilkan radikal bebas, yang menyebabkan kerosakkan kepada kolagen dalam badan.

Pendedahan berterusan kepada faktor-faktor pemusnah kolagen ini dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kita tua sebelum masanya.

Walaupun kita tidak boleh untuk halang diri daripada bahan pencemaran dan sinaran UV berbahaya ini, kita boleh kekalkan kesihatan kolagen dan keremajaan kulit pada paras optimum dengan mengamalkan pengambilan suplemen kolagen setiap hari.

Kolagen Premium Untuk Cantik Luar dan Dalam

Vitamin C dan Kolagen Penting Untuk Kulit Berseri

Jika anda belum pernah makan kolagen, mari kami kongsikan satu kolagen premium dan berkualiti dari Shaklee, yang dikenali sebagai Collagen Powder.

Untuk kesan lebih optimum, kami cadangkan anda ambil kolagen beserta dengan Vitamin C.

Harga bagi setiap produk ialah:

  • Sustained Release Vita-C Plus (180 biji): RM97.50
  • Collagen Powder (15 sachets): RM298

Anda boleh terus buat belian secara online di link eSell kami (klik sini). Pembayaran boleh dibuat dengan Debit Card atau Credit Card.

Produk akan dihantar oleh pihak Shaklee Malaysia terus ke alamat anda. Lepas tue, hubungi kami untuk ketahui cara makan set cantik ini.

Atau, anda boleh terus WhatsApp kami di 017-8437316 (klik dari smartphone anda).

Jom cantikkan kulit dengan cara sihat, selamat dan beri manfaat kesihatan kita. 😀

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Nak Order Be Youthful Set (Kolagen & Vitamin C?

WhatsApp kami di 017-8437316 (klik dari smartphone anda).
Follow FB Nur Razali untuk chat secara langsung.
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now“ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(2)
  1. zool February 12, 2018
  2. NORIZA ABDUL RAHMAN February 17, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org