5 Faktor Utama Masalah Kulit Kering

5 Faktor Utama Masalah Kulit Kering ~ Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza, dan salah satu jenis kulit yang dimiliki ialah jenis kulit kering. Kulit kering atau dalam istilah lain dikenali sebagai Xerosis, adalah keadaan dimana kulit kurang mendapat lembapan.

Kulit kering akan terlihat tidak cantik, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah ini kerana menggunakan solekan dalam keadaan kulit yang kering menyebabkan solekan atau bedak sukar untuk menyerap sehingga hasilnya tidak cantik untuk dilihat.

5 Faktor Utama Masalah Kulit Kering

Punca kulit kering

Masalah kulit (xerosis) boleh dimiliki oleh sesiapa pun sama ada wanita atau pun lelaki. Kebiasaannya masalah kulit kering ini berlaku kerana faktor kulit yang semulajadi kering, faktor persekitaran atau faktor lain. Maka dari itu kita perlulah kenali dengan baik jenis kulit yang kita miliki supaya masalah kulit kering dapat diatasi dengan mudah.

Di bawah ini ada 5 faktor utama menyebabkan masalah kulit kering :

#1 Kurang Minum Air

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kulit kering dan tidak cantik adalah kerana kurang air dalam badan. Ini kerana sebahagian besar dari tubuh kita terdiri dari air. Air memainkan peranan penting dalam memastikan kulit tidak kering dan sentiasa segar.

Rahsia Kulit Berseri Dengan 4 Nutrisi Ini!

Kulit akan mengalami penurunan kelembapan sekiranya kurang minum air. Sekiranya tubuh badan kita tidak mempunyai jumlah air yang diperlukan ia juga boleh menyebabkan kita mengalami pening kepala kerana peredaran darah tidak berjalan dengan baik.

Kenapa kulit kering terjadi

#2 Genetik dan usia

Genetik juga menjadi faktor masalah kulit kering kerana mempunyai keadaan kulit yang kering dari kecil atau mempunyai genetik keluarga yang memang mempunyai keadaan kulit yang kering maka keturunan seterusnya boleh mengalami masalah yang sama.

Selain genetik, usia juga menjadi salah satu faktor kerana semakin bertambah usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan lalu menyebabkan ketahanan kulit kita berkurang dan kulit kita akan perlahan-lahan menjadi kendur.

#3 Penggunaan produk

Masalah kulit kering juga boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan produk secara tidak terkawal. Ini kerana, tidak semua jenis kulit sesuai dengan produk yang digunakan. Terdapat juga pelbagai kesan sampingan dari produk solekan, sabun serta suplemen pemakanan untuk kecantikan. Masalah kulit kering juga akan timbul sekiranya terlalu kerap menggosok kulit ketika mandi.

Menggosok kulit ketika sedang mandi sering dilakukan kerana cara seperti ini akan membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati dan kotoran yang ada pada kulit. Sekiranya terlalu kerap menggosok boleh mengakibatkan kelembapan kulit semakin berkurangan. Penggunaan dedodorant dan sabun anti bakteria juga mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air dari kulit.

#4 Cuaca

Kurang kelembapan kulit jika cuaca sejuk atau panas

Faktor cuaca juga mempengaruhi kelembapan kulit. Ini kerana kulit akan menjadi kering dalam keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu yang terlalu panas juga boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami strok haba kerana jumlah air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya kerana terlalu banyak peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.

Penggunaan pendingin hawa dan pemanas ruangan yang kerap juga dapat menurunkan kelembapan kulit.

#5 Gangguan kesihatan

Psoriasis kulit kering

Masalah kulit kering juga boleh diperolehi kerana gangguan kesihatan tertentu seperti kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Akibat kadar hormon tiroid yang terlalu rendah, aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun maka kulit menjadi kasar dan kering. Psoriasis ialah keadaan kulit yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul sekiranya tubuh kita tidak mempunyai air yang cukup.

Cara Atasi Masalah Kulit Kering

Selain dilihat tidak cantik, keadaan kulit yang kering juga boleh mengakibatkan seseorang itu berasa kurang selesa, oleh itu masalah kulit kering dapat diatasi melalui langkah-langkah berikut:

  • Minum air mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kurang air.
  • Hindari penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan
  • Makan buah buahan dan sayuran supaya tubuh badan dan kulit dapat memperolehi vutamin yang cukup
  • Penggunaan sabun wangi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat digalakkan
  • Penggunaan losyen badan selepas mandi juga disarankan terutama ketika cuaca panas ataupun sejuk.

KakNur akan kongsikan cara semulajadi untuk mengatasi masalah kulit kering di entri yang lain yah. So stay tuned!

Nur Razali
Pengedar Shaklee aktif sejak tahun 2013 (ID: 916214).
WhatsApp Order atau Daftar Ahli Shaklee ke 017-8437316.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Comments(4)
  1. mrhanafi October 5, 2017
    • Nur Razali October 7, 2017
  2. azimah mohd zainuddin October 5, 2017
    • Nur Razali October 7, 2017
Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org