4 Tip Penting Pilih Suplemen Minyak Ikan Berkualiti Tinggi Di Pasaran

4 Tip Penting Pilih Suplemen Minyak Ikan Berkualiti Tinggi Di Pasaran ~ Asid lemak Omega-3 merupakan lemak baik yang kita perlukan untuk menyokong fungsi normal badan. Banyak kajian ke atas minyak omega-3 mendapati bahawa asid lemak omega-3 ini penting untuk kesihatan jantung, fungsi otak, kesihatan sendi, serta kehamilan.

Pakar pemakanan mencadangkan pengambilan 2-3 kali hidangan ikan seminggu, terutama sekali ikan lemak tinggi dari laut dalam. Tujuannya, supaya badan kita dapat sumber asid lemak omega-3, EPA dan DHA yang mencukupi.

Bagaimanapun, kebanyakkan orang tidak makan ikan dengan kerap. Tambahan pula, terdapat risiko bahan tercemar seperti merkuri, plumbum dan toksin lain dijumpai di dalam ikan.

sumber

Walaupun ikan merupakan sumber Omega-3, DHA dan EPA yang bagus, namun adakah manfaat makan ikan akan mengalahkan kerisauan makan ikan yang tercemar?

4 Tip Penting Pilih Suplemen Minyak Ikan Berkualiti Tinggi Di Pasaran

Bila fikirkan tentang bahaya bahan tercemar ini, ramai orang memilih untuk ambil suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Ini kerana, apabila minyak ikan diproses dengan cara yang betul, bahan tercemar boleh diasingkan atau sekurang-kurangnya dikurangkan sehingga ke paras selamat.

Minyak ikan shaklee gelang patah

Bila tengah pening nak pilih suplemen minyak ikan yang berkualiti, ingat 4 faktor ini:

(1) Syarikat Suplemen Berkualiti

Tak semua ikan dicipta sama. Begitu jugalah dengan syarikat suplemen.

Pilih syarikat suplemen yang anda percayai, terutama syarikat yang telah lama bertapak di pasaran, dengan sejarah penghasilan suplemen berkualiti bertahun-tahun.

(2) Tulin dan Selamat

Penyulingan berperingkat (Molecular Distillation) ialah satu proses yang meletakkan minyak ikan di dalam ruang vakum, yang membolehkan minyak ikan mendidih pada suhu rendah, sekaligus melindungi minyak ikan daripada rosak.

Ini membolehkan EPA dan DHA diasingkan daripada logam berat, dan toksin dibuang. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

(3) Ikan Besar atau Ikan Kecil

Jumlah toksin yang sedikit, tiada masalah pada ikan kecil. Tapi, bila ikan besar makan beribu-ribu ikan kecil, ada banyak toksin terkumpul dalam ikan besar tersebut. Apabila kita tengok kembali pada rantaian makanan, lebih besar ikan tersebut, maka lebih besarlah pengumpulan bio toksin terjadi.

Jadi, minyak ikan yang diambil daripada ikan kecil mempunyai pengumpulan bio toksin yang rendah.

(4) Pengekalan Sumber Ikan

Ikan penting dalam diet harian. Kita perlu pastikan yang kita punyai cukup ‘lombong’ minyak ikan yang berkualiti pada masa akan datang.

Syarikat suplemen yang bertanggungjawab akan beri perhatian serius kepada saiz populasi ikan, patuh pada had penangkapan ikan, serta elak menuai ikan ketika musim ikan bertelur, supaya bekalan ikan berkualiti boleh dikekalkan untuk jangkamasa panjang.

Sumber Minyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, ia merupakan nutrien yang tak boleh dihasilkan oleh badan. Suka atau tidak, kita perlu dapatkan sumber Omega-3 dari makanan.

Jika sukar nak dapatkan jumlah asid lemak omega-3 yang mencukupi daripada makanan harian, maka pengambilan suplemen minyak ikan omega-3 adalah pilihan terbaik. Dengan 4 faktor penting dalam pemilihan suplemen minyak ikan di atas, anda bolehlah terus ke farmasi berhampiran hari ini.

4 tip Penting Pilih Minyak Ikan Berkualiti Tinggi di pasaran

Atau, anda boleh sahaja mencuba suplemen minyak ikan OmegaGuard, yang mematuhi keempat-empat faktor penting di atas. Sebotol OmegaGuard RM136 sahaja, tidak termasuk kos penghantaran. Untuk pengetahuan anda, OmegaGuard Shaklee tidak ada dijual di farmasi tau. Anda perlu beli dan dapatkan dari pengedar Shaklee yang sah seperti kami sahaja untuk memastikan ketulenan produk Shaklee dan konsultasi cara pemakanan yang berkesan. In Shaa Allah 😊

(1) Boleh dapatkan secara online di sini (klik). Ikut sahaja arahan di page tersebut. 100% secured.

(2) Atau, WhatsApp sahaja “Nak beli OmegaGuard” ke 017-8437316. Fast reply. 😀

**Kami ialah Pengedar Sah Shaklee di Gelang Patah, Taman Nusantara, Nusa Indah, Nusa Bayu, Nusa Sentral, Nusa Idaman, Setia Eco Gardens dan Iskandar Puteri . Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Nur Razali
Pengedar Shaklee aktif sejak 2013.
WhatsApp order ke 017-8437316.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org