10 Petua Penting Untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit

10 Petua Penting Untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit ~ Meskipun anda boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah anda, namun itu hanyalah bersifat sementara.

Rahsia kulit berseri shaklee

Malahan tiada jaminan yang barangan penjagaan kulit tersebut dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan. Di sini KakNur berikan 10 petua penting yang anda boleh amalkan untuk kulit yang kekal dan berseri.

10 Petua Penting Untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit

#1 Apa Yang Anda Makan Itu Penting

Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta karotena dan vitamin C, E dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas.

makan buah dan sayur nak kulit cantik

Apabila anda tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, anda boleh mengambil suplement untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

#2 Berikan Saya H2O!

Mungkin ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air.

Tip liang pori lebih kecil

Dengan pengambilan air yang cukup kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, sihat dan lembap.

#3 Bagaimana Posisi Tidur Anda?

Bagaimana cara anda tidur sebenarnya memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih dengan bantal, boleh menyebabkan kedutan serta kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan posisi mendatar atau menggunakan saring bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.

#4 Adakah Sinaran Matahari Baik Untuk Kulit Saya?

Sedikit pancaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakkan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka.

Jika anda perlu keluar, gunakan krim pelindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit anda daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.

Petua kulit sihat cantik berseri shaklee

#5 Melembap, Melembap dan Melembap!

Tingkatkan penggunaan pelembap dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap, ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

#6 Tidur Nyenyak (Sleeping Beauty)

Semasa anda tidur dengan nyenyak, paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh.

Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti dan menyebabkan berlakunya lebam bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.

#7 Singkirkan Stress

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh.

Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan anda kulit yang berseri dengan pipi kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.

#8 Hindari Sentuhan Tangan

Tangan sentiasa membawa berbillion-billion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Anda digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit.

10 Tip kecantikan shaklee

Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian yang lain diseluruh tubuh apabila anda menggosok mata, mengusap dagu atau di saat anda menekup pipi.

#9 Melampaui Usia Sebenar

Untuk merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.

#10 Senaman Muka

Wajah anda mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit lebih tegang, anjal dan gebu.

  • Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selamat 5 saat dan kekal tenang.
  • Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Ulangi 3 kali setiap hari

Untuk pertanyaan lanjut hubungi kami nombor tertera di bawah ūüėä

*DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di GELANG PATAH, Taman Nusantara, Setia Eco Gardens, Nusa Bayu, Nusa Idaman, Nusa Indah, Iskandar Puteri.

Penghantaran produk Shaklee menggunakan kurier ke seluruh Malaysia.

Untuk order produk Shaklee, daftar keahlian, atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi:

SMS/WhatsApp : cahayavitamin.wasap.my

Daftar keahlian¬†(Ekspres Enrollment)¬†Join Now”¬†dapatkan penjimatan hampir 20%!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Copy past blocker is powered by http://jaspreetchahal.org